Dana Bulan Bermakna

 

Tentang Dana Bulan Bermakna Tesco

Dana Bulan Bermakna Tesco merupakan sebuah kempen oleh Tesco Malaysia sempena bulan Ramadan dan Syawal bagi mengumpul dana menerusi hasil jualan barangan jenama Tesco di semua pasaraya Tesco di seluruh negara. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada 500 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari sekolah-sekolah angkat Tesco Malaysia melalui program Sekolah Angkat Tesco- PINTAR.

Kempen ini juga merupakan sebuah platfom untuk para pelanggan Tesco menyumbang dan memberi harapan kepada kanak-kanak sekolah yang mengalami kesempitan hidup tidak kira di bandar mahupun luar bandar.

Mari sama-sama berkongsi keberkatan bulan Ramadan dan Syawal ini dengan menyumbang ke Dana Bulan Bermakna Tesco menerusi pembelian barangan jenama Tesco. 0.5% dari hasil jualan barangan jenama Tesco bermula 11 Mei 2017 sehingga 12 Julai 2017.

Tentang program Sekolah Angkat Tesco-PINTAR

Program Sekolah Angkat Tesco – PINTAR merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Tesco Malaysia bagi menyumbang kepada komuniti setempat disamping melabur untuk masa depan Negara. Ia merupakan sebuah program untuk memperkasakan kanak-kanak sekolah dimana Tesco akan membantu sekolah-sekolah angkat ini meningkatkan prestasi sekolah dengan pelbagai aktiviti kokurikulum serta akademik.

PINTAR Foundation merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dengan visi untuk memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab melalui tiga prinsip utama iaitu menggalakkan kebijaksanaan, memupuk bakat dan sahsiah diri (yang juga merupakan singkata PINTAR dalam Bahasa Inggeris).

Dengan pengalaman luas PINTAR dalam mengendalikan program sekolah angkat oleh syarikat swasta, PINTAR bekerjasama dengan Tesco Malaysia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi membantu meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah angkat Tesco dalam tempoh 3 tahun program ini yang telah dilancarkan pada bulan November 2016.

Senarai Sekolah Angkat Tesco

  • No. Nama Sekolah Negeri
    1 SK Taman Puteri Wangsa Johor
    2 SK Taman Universiti 2 Johor
    3 SK Taman Molek Johor
    4 SK Tanjung Puteri Johor
    5 SK Ladang Fraser Johor
    6 SK Taman Rinting 1 Johor
    7 SK Taman Pelangi Johor
    8 SK Jitra 2 Kedah
    9 SK Taman Selasih Kedah
    10 SK Mergong Kedah
  • No. Nama Sekolah Negeri
    11 SK Taman Ria Kedah
    12 SK Tikam batu Kedah
    13 SK Dato' Wan Mohd. Saman Kedah
    14 SK Banggu Kelantan
    15 SK Taman Midah 2 Kuala Lumpur
    16 SMK Kepong Kuala Lumpur
    17 Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur
    18 SMK Segambut Kuala Lumpur
    19 SMK Vivekananda Kuala Lumpur
    20 SK Tanjung Minyak Melaka
  • No. Nama Sekolah Negeri
    21 SJKT Melaka Melaka
    22 SK St Aidan N. Sembilan
    23 SK Methodist ACS Seremban N. Sembilan
    24 SJKT Desa Cempaka N. Sembilan
    25 SJKT Bandar Springhill N. Sembilan
    26 Sekolah Pendidikan Khas Seremban N. Sembilan
    27 SK Machang Bubok II P.Pinang
    28 SK Sungai Ara P.Pinang
    29 SK Sungai Gelugor P.Pinang
    30 SK Tanjung Tokong P.Pinang
  • No. Nama Sekolah Negeri
    31 SMK Seberang Jaya P.Pinang
    32 SK Hashim Awang P.Pinang
    33 SK Seri Kepayang Perak
    34 SK De La Salle Kampar Perak
    35 SK Dato' Ishak Perak
    36 SK Pengkalan Pegoh Perak
    37 SK Bendang Siam Perak
    38 SK Pengkalan Baharu Perak
    39 SK Suak Padi Perak
    40 SMK Tambung Perak
  • No. Nama Sekolah Negeri
    41 Sekolah Pendidikan Khas Rumah Sayangku Selangor
    42 SK Sungai Binjai Selangor
    43 SK Bandar Utama Damansara 4 Selangor
    44 SK Pandan Jaya Selangor
    45 SK Tropicana Selangor
    46 SK Bukit Sentosa Selangor
    47 SK Puchong Utama I Selangor
    48 SK Seksyen 20 Selangor
    49 SK Pulau Meranti Selangor
    50 SK Kuala Selangor Selangor
  • No. Nama Sekolah Negeri
    51 SK Taman Dato Harun 2 Selangor
    52 SK Dato' Maharaja Lela Selangor
    53 SK Taman Tun Teja Selangor
    54 SJKT Ladang Semenyih Selangor
    55 SK Seksyen 17 Selangor
    56 SK Taman Bunga Raya 2 Selangor
    57 SK Taming Jaya Selangor
    58 SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi) Selangor
    59 SMK Batu Unjur Selangor
1 2 3 4 5 6

Galeri

Soalan Lazim

  • Apakah Dana Bulan Bermakna Tesco?

    Dana Bulan Bermakna Tesco merupakan sebuah kempen bagi mengumpul dana sempena bulan Ramadan bagi membantu 500 kanak-kanak sekolah yang kurang bernasib baik menerusi hasil jualan barangan jenama Tesco di semua cawangan Pasaraya Tesco di seluruh negara.

  • Berapa lama kempen ini berlangsung?

    Kempen Dana Bulan Bermakna Tesco akan berlangsung selama 9 minggu dari 11 May 2017 sehingga 12 Julai 2017.

  • Bagaimana pelanggan boleh menyumbang?

    Pelanggan Tesco boleh menyumbang kepada Dana Bulan Bermakna Tesco menerusi pembelian barangan jenama Tesco di seluruh pasaraya Tesco serta belian secara online. 0.5% dari hasil jualan barangan jenama Tesco dalam tempoh kempen akan disalurkan kepada Dana Bulan Bermakna Tesco.

  • Siapakah yang bakal menerima dana yang terkumpul?

    Tesco telah mengenalpasti 500 orang kanak-kanak dari 59 buah sekolah angkat Tesco. Kanak-kanak ini telah dipilih berdasarkan maklumat pendapatan ibu-bapa yang diperolehi dari pihak pengurusan sekolah-sekolah angkat Tesco.

  • Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menerima dana tersebut?

    Syarat-syarat kelayakan adalah berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah kanak-kanak tersebut yang tidak lebih dari RM1500 sebulan, tidak mempunyai ibu atau bapa, bilangan adik-beradik yang ramai serta tidak mendapat bantuan dari badan korporat yang lain.

Top